Ong Kim Swee, pengendali telah memanggil 30 pemain untuk ke Kejuaraan Piala Newspaper B-21 di Nah Trang City, Vietnam yang akan bermula daripada 29 November hingga 9 Disember.
Kali terakhir Malaysia beraksi di kejuaraan itu adalah pada tahun 2014 dan mencipta sejarah dengan menjadi juara pada tahun 2012, ketika itudibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.
20 pemain yang akan terpilih ke Piala Newspaper yang dijadualkan akan berlangsung daripada 10 Disember hingga 19 Disember 2018 hanya akan diketahui setelah 10 hari mereka menjalani latihan pusat.
Panggilan kali ini mencuri tumpuan pengamal media apabila Kim Swee memanggil Jordan Ollerenshaw, anak kepada legenda bola sepak Sabah, Scott Ollerenshaw.
Scott Ollerenshaw adalah pemain yang menjaringkan 110 gol untuk Sabah dalam 106 penampilan diantara tahun 1994 sehingga tahun 1997.
Pemain yang dilahirkan di Sydney, Australia ini adalah tidak asing lagi daripada peminat bolasepak Sabah apabila pernah memenangi dua kasut emas serta digelarkan sebagai ‘The Ginger Maradona’.
Berikut adalah 30 pemain yang dipanggil Ong Kim Swee :
Nik Akif Syahiran Nik Mat, Nik Azli Nik Alias, Afiq Saluddin, Muhd Juzaerul Jasmi, Muhammad Danial Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Haqim Draman, Mohamad Sharul Nizam Ros Hasni (Kelantan); Shivan Pillay Asokan, Damien Lim Chien Khai, Muhammad Khairu Anwar Khazali, Ahmad Ikhwan Hafiz, Ariff AR Rasyid Ariffin (PKNS FC)
Muhammad Izzan Syahmi Mustapa, Mohamad Ridzuan Mohd Razali, Nik Mohd Amin Ahmad (Terengganu); Muhammad Zahril Azri Zabri, Daniel Amier Norhisham (Felda United); Dominic Tan Jun Jin (Johor Darul Takzim); Mohamad Hariz Kamarudin (Johor Darul Takzim II)
Mohammad Fayadh Zulkifli Amin, Mohd Fazrul Danel Nizam (Kedah); Mohd Faisal Abdul Halim, R. Dinesh (Pahang); Sharul Nazeem Zulpakar, Mohd Asraff Hayqal Zainal (Selangor); Ariusdius Jais, Evan Wensley Wenceslaus (Sabah); Muhammad Hamka Daud (Negeri Sembilan); Muhammad Al Imran Abdul Halim (UiTM), Jordan Ollerenshaw (St George).