Malaysia Berita

Malaysia Tewas Pada Aksi Akhir Kejuaraan Futsal AFF 2018

Malaysia sekali lagi dinafikan kemenangan selepas tewas kepada juara bertahan Thailand 4-2 pada penentuan juara dalam final Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Yogyakarta, Indonesia.

Skuad futsal negara yang dikendalikan oleh Chiew Chun Yong kalah 3-4 dengan Thailand pada perlawanan akhir tahun lalu serta turut ditewaskan dengan Thailand pada final Sukan SEA di Kuala Lumpur, tahun lalu.

Ia merupakan kejayaan Thailand ke-14 dalam kejohanan itu.

Muhd Osamanmusa meletakkan Thailand di hadapan pada awal minit kedua tetapi Mohd Awaluddin Mat Nawi menyamakan kedudukan untuk Malaysia pada minit ke-11.

Jetsada Chudech menjaringkan gol buat Thailand bagi memberi kelebihan kepada mereka pada minit ke-16.

Pemain Thailand menjaringkan gol ketiga bagi memberi kedudukan 3-1 melalui Apiwat Chaemcharoen sejurus selepas rehat separuh masa.

Malaysia terdesak dalam mencari gol dan berjaya mengurangkan jurang menerusi Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin pada minit ke-33.

Bagaimanapun, pemain Thailand berjaya menjaringkan gol keempat menerusi Chaivat Jamgrajang pada minit ke-37 untuk merangkul gelaran.

Tuan rumah Indonesia menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Vietnam 3-1.