Liga Super Malaysia

Piala AFF Suzuki 2018 : Norshahrul Meledak, Harimau Malaya Ketuai Kumpulan A

Norshahrul Idlan Talaha meledakkan tiga gol setelah dua perlawanan, satu gol ketika bertemu Kemboja manakala dua gol ketika bertemu Loas malam semalam di Stadium Bukit Jalil.

Skuad negara yang turun dengan beberapa kesebelasan utama yang baru seperti Syafiq Ahmad masuk bagi menggantikan Syamer Kutty manakala Sumareh yang dikhabarkan cedera digantikkan dengan Syazwan Zainon

Anak buah Tan Cheng Hoe tersentak dengan gol pertama daripada Laos apabila sepakan percuma Phithack Kongmathilath menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-7.

Kedudukan itu tidak bertahan lama setelah permainan cantik bermula daripada Safawi Rasid sebelum memperdayakan pertahanan lawan untuk menghantar kepada Syahmi Safari yang tidak dijaga sebelum pemain bek kanan Malaysia itu membuat hantaran didepan pintu gol Loas yang disambut oleh Zaquan Adha Abd Razak pada minit ke-14.

Malaysia mempunyai peluang keemasan pada minit ke-21 setelah Safawi Rasid menerima hantaran cantik daripada Syafiq Ahmad untuk situasi satu lawan satu tetapi gagal disudahkan oleh pemenang Pemain Paling Bernilai untuk musim ini. 

Kedudukan 1-1 terikat sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Tan Cheng Hoe memasukkan kesemua pemain penyerang dengan Akhyar Rashid, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri menggantikan Syazwan, Safawi dan Syafiq.

Kemasukkan Akhyar membuahkan hasil apabila hampir mencipta gol kedua buat pasukan negara pada minit ke-60 tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan Outthilath Nammakhot.

Gol kedua Malaysia hadir pada akhir minit perlawanan selepas kedaan yang kucar kacir didepan pintu gol Laos sebelum Norshahrul merempat masuk pada minit ke-86.

Norshahrul menambah derita Laos apabila menjaringkan gol ketiga hasil daripada hantaran cantik daripada Akhyar pada minit ke-90.

Malaysia berada di kedudukan selesa dengan mendahului Kumpulan A dengan 6 mata, skuad negara akan bertemu Vietnam di Hanoi, jumaat ini sebelum menerima kunjungan Myanmar pada aksi terakhir di Bukit Jalil pada 24 November ini.