Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : 5 Perkara Yang Kita Belajar – Malaysia vs Laos

Malaysia menerima kunjungan Laos pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A di Stadium Bukit Jalil, semalam. Tan Cheng Hoe melakukan beberapa rombakan ke atas pasukan negara dengan memasukkan Syazwan Zainon bagi menggantikan Sumareh yang dilaporkan cedera. Manakala Syafiq Ahmad yang bermain di bahagian tengah bersama dengan Akram Mahinan.

Berikut adalah beberapa perkara positif yang berlaku sepanjang perlawanan ;

1. Norshahrul Idlan Talaha ‘The Great’

Beliau sekali lagi menjadi watak penting pada pertembungan dengan Laos semalam apabila meledakkan dua gol. Disaat skuad negara hampir seri dengan Laos, gol beliau hadir pada minit-minit akhir perlawanan setelah keadaan yang kucar kacir di hadapan pintu gol Laos. Manakala gol kedua beliau hadir pada minit ke-90 apabila berjaya menanduk masuk hantaran lintang daripada Akhyar Rashid. Setelah menjadi watak penting pada pertembungan dengan Kemboja minggu lalu, Norshahrul sekali lagi membuktikan bahawa umur hanyalah sebuah angka.

2. Akhyar Rashid 

Dikala serangan skuad Malaysia menemui jalan buntu pada separuh masa pertama. Tan Cheng Hoe membuat keputusan dengan memasukkan Akhyar bagi menggantikan Syazwan Zainon pada separuh masa kedua. Kemasukkan beliau ternyata membuahkan hasil apabila hantaran cantik daripada beliau berjaya mencari Norshahrul untuk gol yang ketiga. Sepanjang 45 minit bermain, Akhyar telah membuktikan bahawa beliau mampu untuk menghasilkan sesuatu pada perlawanan tersebut. Cubaan deras beliau pada minit ke 60 hampir pasti singgah digawang gol, tetapi digagalkan oleh penjaga gol Laos.

3. Bahagian Pertahanan Yang Kemas.

Pada pertembungan kali ini, bahagian pertahanan dilihat kemas walaupun dibolosi pada seawal minit ke 10. Gandingan Aidil Zafuan dan juga Shahrul Saad dilihat lebih tenang dan teratur jika hendak dibandingkan dengan pertembungan dengan Kemboja tempoh hari, dimana bahagian pertahanan negara banyak melakukan kesalahan mudah dan gopoh dalam bertahan. 

4. Syahmi Safari Pertahanan Kanan Yang Merbahaya

Pemain berusia 20 tahun negara ini berjaya mempamerkan aksi cemerlang setelah beberapa kali mengkucar kacirkan pertahanan lawan dengan larian ‘overlap’ daripada beliau. Syahmi yang banyak membantu Safawi di bahagian kanan dilihat konsisten dalam pergerakkan menyerang beliau dan tangkas turun ke bawah ketika pasukan negara diasak oleh Laos. Hantaran merbahaya daripada beliau berjaya menghasilkan jaringan penyamaan pada minit ke-15 perlawanan apabila ditepis masuk oleh Zaquan Adha.

5. Percaturan Tan Cheng Hoe berkesan

Ketika skuad negara dilihat buntu mencari gol kemenangan. Jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe memasukkan tiga pemain penyerang bagi memberi tekanan kepada pemain pertahanan Laos. Tan Cheng Hoe memasukkan Akhyar Rashid, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri menggantikan Syazwan, Safawi dan Syafiq. Kemasukkan mereka ternyata membuahkan hasil apabila Harimau Malaya berjaya menjaringkan gol kemenangan.