Luar Negara Berita

Ronaldo mahu tambah koleksi piala

Cristiano Ronaldo bersedia menjelang sepak mula musim 2019/20, biarpun baki cuti musim panasnya masih banyak.

Penyerang Juventus berharap menambah lebih banyak kejuaraan dalam kempen yang akan datang, di mana dia akan bekerja di bawah Maurizio Sarri.

“Saya sentiasa bersedia,” katanya

“Saya mahu mempunyai musim yang baik, itu sentiasa matlamat saya.

“Tahun demi tahun saya mahu melakukan yang terbaik dan boleh memenangi gelaran.”

Ronaldo bercakap mengenai Madeira, kampung halamannya.

“Saya bangga untuk datang ke sini,” katanya.

“Saya berada di sini bersama keluarga saya.

“Saya akan menghabiskan dua hari di sini dan saya harap semuanya berjalan lancar.”