Kolum

AFF Suzuki 2018 : 5 Perkara Yang Kita Belajar – Kemboja vs Malaysia

1. Gugup

Tahniah atas kemenangan! Malaysia bermula dengan baik, tetapi lebih baik jika mereka mampu bermain lebih tenang. Gugup yang dialami oleh pemain boleh menyebabkan Malaysia dihukum, kita bernasib baik disebabkan Kemboja tidak mengambil peluang tersebut. Tan Cheng Hoe perlu lebih sedar dan memahami dengan keadaan ini.

2. Pertahanan yang goyah.

Pemain pertahanan dilihat paling gementar kali ini. Beberapa kesilapan yang gagal menendang bola keluar lebih awal dan beberapa kesilapan mudah dapat menghukum Harimau Malaya. Nasib baik kita mempunyai Khairul Fahmi, tembok akhir gawang gol kita. Pemain pertahanan perlu lebih tenang dan peka dengan pergerakan lawan.

3. AKRAM MAHINAN BERADA DISEMUA TEMPAT! 😱

Saya mengikuti kariernya dari 2016 ketika dia menandatangani kontrak dengan Kedah. Secara kebetulan, saya adalah peminat pasukan Kedah. Tetapi dalam mengulas, saya mempunyai etika saya, saya perlu bersikap adil. Secara jujur, Akram adalah pemain paling cemerlang malam ini. Pemain paling tenang dalam mengawal permainan. Dia yang bergandingan dibahagian tengah dengan Syamer Kutty dilihat di mana-mana. Keluar untuk membantu rakan dan cuba mencipta beberapa peluang. Saya gembira melihat dia membesar menjadi pemain yang matang. Saya berminat untuk melihatnya pada perlawanan seterusnya dengan Laos.

4. Idlan Talaha The Great

Antara pemain senior yang berusia 32 tahun dan juara Piala AFF Suzuki edisi 2010. Dia menggunakan pengalamannya untuk mencari gol dan Norshahrul telah membuktikan bahawa usia hanyalah angka. Malam ini dia menunjukkan bahawa dia masih pemain yang Malaysia perlukan. Tandukannya pada minit ke-30 memberikan Malaysia tiga mata, memberikan Harimau Malaya kedudukan yang selesa.

5. Ultras Malaya

Ultras Malaya memainkan peranan penting sebagai pemain ke-12. Menyanyikan lagu untuk menyokong para pemain selama 90 minit. Walaupun hanya menonton dari televisyen, tetapi seolah-olah mereka bersama kita. Sokongan mereka menjadikan pemain lebih bersemangat. Jom menyokong pasukan kebangsaan!