Malaysia Berita

Raja Muda Kekal Terajui FAS

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah akan kekal menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Hal ini diputuskan setelah Raja Muda dilantik semula pada Kongres Luar Biasa (EGM) FAS yang berlangsung semalam serta dilihat telah berubah lanskap kepimpinan FAS, 360 darjah.

Selain daripada Tengku Amir, terdapat dua individu lain yang dipilih semula untuk berada di jawatan sama antaranya ialah Naib Presiden iaitu Datuk Ariffin Ab Hamid dan Omar Ali yang mendapat sokongan daripada semua 52 ahli gabungan yang datang ke kongres semalam.

Manakala Hamdan Hashim dan Roslin Shariff masing-masing dipilih mengisi kekosongan pada dua slot Naib Presiden serta bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Muhammad Nasir Hamzah dilantik sebagai Timbalas Presiden FAS yang baru.

Kongrs Luar Biasa (EGM) ini turut menyaksikan 13 muka baharu yang dilantik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan dan ia berlangsung dengan sah mengikut statut selepas kehadiran ahli gabungan lebih daripada 50 peratus daripada 96 ahli gabungan.