Malaysia Berita

Azamuddin Akil Tinggalkan Selangor

Azamuddin Akil telah mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak lagi memerlukan khidmatnya untuk musim hadapan.
Pemain daripada Pahang ini berkata bahawa FAS tidak akan melanjutkan kontraknya bersama pasukan Selangor.
“Saya boleh sahkan tidak lagi menyarung jersi Selangor musim depan selepas pengurusan FAS tidak melanjutkan kontrak.
“Oleh itu, saya kini menimbang dua tawaran pasukan Liga Super dan Liga Perdana untuk meneruskan karier saya.
“Setakat ini, belum ada kata putus kerana masih lagi di peringkat awal dan berharap keputusan untuk bersama pasukan baru musim depan akan membantu meningkatkan kembali prestasi saya,” katanya kepada Berita Harian.
Pemain berusia 33 tahun ini telah berhijrah daripada Pahang ke Johor Darul Ta’zim dan akhirnya ke Selangor sebelum ditimpa kecederaan buku lali yang menyukarkan beliau untuk membuat penampilan bersama skuad Red Giants
“Saya percaya kepada rezeki dan berharap musim 2019 akan memberi kekuatan dan keyakinan untuk kembali berada dalam kesebelasan utama,” katanya.