Luar Negara Berita

Portugal Tinggalkan Ronaldo

Fernando Santos, jurulatih kebangsaan Portugal telah mengesahkan, Cristiano Ronaldo yang terpalit dengan tuduhan merogol tidak akan dipanggil bagi menyertai kem antarabangsa bagi empat aksi perlawanan persabahatan.

“Kami bersetuju pemain itu tidak dipanggil bagi tugasan kali ini.” Katanya selepas mengesahkan yang beliau sudah bercakap dengan Ronaldo dan Fernando Gomes, Presiden Persatuan Bolasepak Portugal (FPF)

 “Saya tidak akan mendedahkan butiran mengenai perbualan kami bertiga,” kata Santos apabila didesak wartawan.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu sebelum ini terlepas dua aksi antarabangsa Portugal bulan lalu atas sebab Santos, memberi masa kepada Ronaldo untuk menyesuaikan diri setelah pemain itu membuat perpindahan daripada Real Madrid ke Juventus.

“Saya tidak akan menyatakan perkara sama sekarang,” kata Santos apabila ditanya jika alasan mengenainya sama.

Ronaldo yang pernah memenangi pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu disingkirkan kerana berdepan tuduhan merogol.

Bulan lalu, wanita warga Amerika Syarikat, Kathryn Mayorga, mendakwa Ronaldo dalam pertuduhan 32 muka surat yang difailkan di mahkamah daerah di Nevada, merogolnya pada 13 Jun 2009.

Baru-baru ini, bintang berusia 33 tahun ini telah menafikan dakwaan tersebut di laman twitter miliknya.

Santos, ketika ditanya mengenai dakwaan itu, mempertahankan pemainnya. “Saya amat kenal Cristiano Ronaldo dan percaya apabila dia menyatakan tidak pernah melakukan kesalahan jenayah sebegitu.”

Ronaldo, kapten Portugal, akan terlepas tiga aksi Liga Negara Eropah menentang Poland pada 17 Oktober depan dan menentang Itali serta Poland bulan depan selain aksi persahabatan menentang Scotland hujung bulan ini.

SKUAD PORTUGAL:

Penjaga gol : Rui Patricio (Wolves/ENG), Beto (Goztepe/TUR), Claudio Ramos (Tondela).

Pertahanan : Cedric Soares (Southampton/ENG), Joao Cancelo (Juventus/ITA), Kevin Rodrigues (Real Sociedad/ESP), Luis Neto (Zenit/RUS), Mario Rui (Napoli/ITA), Pedro Mendes (Montpellier/FRA), Pepe (Besiktas/TUR), Ruben Dias (Benfica).

Tengah : Bruno Fernandes (Sporting), Danilo Pereira (FC Porto), Gedson Fernandes (Benfica), Pizzi (Benfica), Renato Sanches (Bayern Munich/GER), Ruben Neves (Wolves/ENG), Sergio Oliveira (FC Porto), William Carvalho (Betis/ESP).

Penyerang : Andre Silva (Sevilla/ESP), Bernardo Silva (Manchester City/ENG), Bruma (Leipzig/GER), Eder (Lokomotiv Moscow/RUS), Goncalo Guedes (Valencia/ESP), Helder Costa (Wolves/ENG).