Malaysia Berita

Syed Saddiq Harap Ketemu Jalan Penyelesaian.

“Kita mahu mencari titik pertemuan untuk memastikan NFDP dikekalkan dan pada masa yang sama diperkasakan,” katanya. 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu mencari titik persamaan buat semua pihak yang terlibat bagi sesi ‘townhall’ Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), hari ini.

Dalam masa yang sama, Lim Teong Kim, Pengarah Akademi Mokhtar Dahari turut dipanggil untuk memberi pandangan serta menjelaskan hala tuju NFDP dan ia dilihat sebagai peluang terbaik beliau untuk menerangkan tentang keseluruhan program kepada Syed Saddiq.

 “Tiada perkara spesifik ditetapkan namun beliau sedia maklum kedudukan kewangan NFDP,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya.

“Pertemuan adalah bagi membincangkan hala tuju sukan khususnya bagi membolehkan liputan lebih baik dapat diberikan kepada atlet negara,” katanya.