Luar Negara Berita

Real Madrid Tempang Tanpa Ramos Dan Bale

Julen Lopetegui telah menamakan 20 orang pemainnya bagi menghadapi CSKA Moscow di peringkat Kumpulan G Liga Juara-Juara.

Mereka bertandang ke Stadium VEB Arena dengan ketiadaan dua tonggak utama iaitu Sergio Ramos dan Gareth Bale. Ramos  direhatkan oleh pengendali Real Madrid tersebut dan akan bermain Ahad ini bertemu Alaves bagi perlawanan liga. Manakala Bale dikeluarkan ketika bertemu Atletico disebabkan kecederaan.

Photo Credit – Real Madrid

Ini menjadikan senarai kecederaan bagi Madrid meningkat kepada empat orang. Madrid sebelum ini telah kehilangan Marcelo disebabkan kecederaan betis dan Isco yang mengalami apendiks

Manakala Álvaro Odriozola, Jesús Vallejo dan Fede Valverde telah kembali disenaraikan di dalam skuad utama. Mereka direhatkan oleh Lopetegui pada perlawanan bertemu Atletico Madrid.

Photo Credit – Real Madrid

Kekosongan yang ditinggalkan oleh beberapa pemain senior akan menjadi rebutan buat pemain-pemain muda.

 

Skuad Real Madrid bagi menghadapi CSKA Moscow:

Penjaga gol: Navas, Casilla, Courtois.

Pertahanan: Carvajal, Vallejo, Varane, Nacho, Odriozola, Reguilón.

Tengah: Kroos, Modric, Casemiro, Valverde, Llorente, Asensio, Ceballos.

Penyerang: Mariano, Benzema, Lucas Vázquez, Vinicius