Malaysia Asia

Sukan Asia 2018: Kim Swee tidak mahu ambil mudah cabaran Kyrgyzstan

Kita tidak akan ambil mudah.

Itu kata-kata ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee menjelang perlawanan pembukaan Malaysia bertemu Republik Kyrgyzstan di Stadium Jalak Harupat, Bandung, petang ini.

“Kita akan menurunkan barisan terbaik memandangkan perlawanan ini agak penting dan tiada istilah kita mengambil mudah. Kesemua perlawanan di sini amat penting bagi saya,” kata Kim Swee seperti dilaporkan oleh Kosmo.

Malaysia perlu memulakan kempen Piala Asia dengan kemenangan bagi memudahkan perjalanan mereka layak ke pusingan seterusnya. Keputusan seri atau kekalahan akan menyulitkan perancangan skuad bawah 23 tahun mara ke pusingan kedua.

Pemain tengah Kelantan daripada Kyrgyzstan, Bakhtiyar Duyshobevekov tidak menyertai skuad ke Sukan Asia kali ini bagi membantu Kelantan dalam saingan Piala Malaysia.

Malaysia akan bertemu pihak lawan paling sukar, Korea Selatan dalam perlawanan seterusnya dan kemudian bertemu Bahrain dalam perlawanan terakhir.

Dua pasukan teratas dan empat pasukan tempat ketiga terbaik akan mara ke peringkat kedua.