Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Koleksi statistik menarik daripada kekalahan Sepanyol di tangan Rusia

Perlawanan di antara Sepanyol dan Rusia berkesudahan dengan seri 1-1 sehingga penentuan penalti. Sepanjang 120 minit, Sepanyol tampak mendominasi permainan, namun mereka gagal mencatatkan kemanangan. Mengapa?

Statistik menunjukkan La Roja sememangnya menguasai bola dan juga jumlah percubaan. Data untuk hantaran dibuat juga sangat menggerunkan. Malah mereka juga sangat berdisiplin dan tidak melakukan banyak kekasaran terhadap pemain lawan.

Berikut adalah statistik perlawanan di antara Sepanyol menentang Rusia:

Penguasaan bola

Sepanyol jelas menguasai bola sepanjang perlawanan. Daripada statistik menunjukkan 75% bola dikuasai oleh mereka manakala Rusia hanya memegang baki 25% sahaja. Ini jelas bagi mereka yang menonton perlawanan ini, Sepanyol memang mendominasinya.

Percubaan

Dari segi data untuk percubaan yang dilakukan, Sepanyol juga melakukan percubaan lebih tinggi berbanding Rusia. Mereka membuat 25 percubaan, 9 daripadanya tepat ke sasaran dan 6 pula tersasar. Baki 10 percubaan lagi berjaya dihalang oleh pemain Rusia. Tuan rumah pula hanya berjaya membuat 6 percubaan dengan hanya 1 tepat ke sasaran, 3 tersasar dan 2 dapat dihalang

Serangan

Hasil daripada penguasaan dan percubaan yang dilakukan, Sepanyol mendapat 6 sepakan sudut dan 20 sepakan percuma. Rusia pula mendapat 5 sepakan sudut dan 6 sepakan percuma.

Hantaran

1137 hantaran dilakukan oleh Sepanyol dengan 91% adalah hantaran tepat. Manakala Rusia hanya membuat 284 hantaran dengan 72% hantaran tepat.

Disiplin

Dari segi disiplin pula, Sepanyol agak berdisiplin, mereka hanya membuat 5 kekasaran dan hanya 1 kad kuning dilayangkan. Manakala Rusia melakukan 19 kekasaran dan mengutip 2 kad kuning.

Igor Akinfeev pemain terbaik perlawanan

Berdasarkan statistik,  penjaga gol Rusia ini melakukan 9 ‘saves’ sepanjang perlawanan daripada 9 percubaan tepat yang dilakukan oleh Sepanyol!