Kelmarin, Shahrel Fikri secara rasmi melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke kelab Liga Thai 1, Nakhon Ratchasima FC untuk baki musim 2018.
Perpindahan ini menjadikan Shahrel pemain Malaysia ketiga untuk beraksi di Thailand, selepas Kiko Insa yang menyertai Bangkok Glass awal musim ini, dan juga Curran Ferns, yang baru-baru ini berhijrah ke Sukhothai FC. Shahrel sudah mula berlatih bersama skuad utama Nakhon Ratchasima, dan dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Sukhothai FC pada hujung minggu ini.
Rakan kami di Football Tribe Thailand, Jedsada Chanapinijwong, cukup tidak sabar untuk melihat aksi penyerang muda ini, dan berikut adalah lima nasihat beliau jika Shahrel mahu meninggalkan impak yang besar di Thailand.