
Perlawanan kedua yang melibatkan pasukan Belgium dan Tunisia dalam aksi Kumpulan G berakhir dengan tragis buat skuad Les Aigles de Carthage. Aksi hebat skuad The Red Devils itu memusnahkan harapan mereka untuk mara ke saingan seterusnya dalam Piala Dunia 2018.
Paling mencuri tumpuan adalah aksi duo pemain Belgium yang mencatatkan nama sebagai penjaring gol, Eden Hazard dan Romelu Lukaku. Kedua-dua pemain ini masing-masing menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.
Lebih manis buat penyerang Belgium, Romelu Lukaku berjaya menggenapkan rekod jaringan gol beliau kepada 40 gol untuk skuad The Red Devils. Tambahan pula, beliau juga berkongsi kedudukan dengan peyerang Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan setakat ini dengan 4 gol.
Prestasi mereka yang memuncak ketika ini pastinya memberikan satu amaran awal kepada pasukan lain bahawa skuad ‘Generasi Emas’ pimpinan Eden Hazard ini mahu mencabar kejuaraan Piala Dunia secara serius.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta maka kami sajikan kisah awal perjalanan kerjaya pemain bola sepak ini untuk inspirasi semua: