Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Analisis: Iran pungut tiga mata pertama pasukan Asia, Morocco tiada penyerang berkualiti

Selepas kekalahan memalukan Arab Saudi kepada tuan rumah Russia semalam, Iran nampaknya menebus kekecewaan pasukan Asia apabila berjaya memungut tiga mata dengan menewaskan Morocco 1-0.

Iran berjaya menahan asakan dan penguasaan Morocco untuk menang menerusi jaringan gol sendiri penyerang gantian Morocco, Aziz Bouhaddouz yang menanduk masuk ke gawang sendiri selepas Iran dihadiahkan sepakan percuma di penghujung perlawanan. Ini adalah antara analisis yang didapati daripada perlawanan tadi.