Piala Dunia 2018 Berita

Lima gol hebat yang pernah dijaringkan oleh pemain Asia di Piala Dunia

Dalam dunia bola sepak, menjaringkan gol adalah sesuatu yang harus dilakukan untuk mencerahkan passukan meraih kemenangan. Peminat-peminat bola sepak sedar bahawa pemeanng ditentukan melalui jumlah jaringan yang dicipta.

Malam ini, kejohanan antarabangsa yang paling berprestij, Piala Dunia, akan dimulakan tatkala Russia bertindak selaku tuan rumah. Seperti pasukan dari benua lain, wakil-wakil dari Asia pastinya bersemangat untuk menyambut kehadiran Piala Dunia. Malah, kemampuan mereka kini tidak lagi boleh dipandang remeh oleh pesaing lain, termasuk dalam usaha mendapatkan jaringan.

Berdasarkan laman web rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), terdapat lima jaringan hebat yang pernah diraih oleh pemain dari Benua Kuning disepanjang sejarah Piala Dunia. Berikut adalah senarai gol dan penjaringnya.

Pak Doo-ik (Korea Utara vs Italia di Piala Dunia 1966)

Pertemuan Korea Utara dan Itali dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia 1966 pasti sukar untuk dilupakan. Dijangka menghadapi kesukaran untuk berdepan Itali yang jauh lebih hebat dalam ranking dunia, skuad Chollima dijangka  akan tewas dengan mudah.

Bagaimanapu , sebaliknya berlaku di padang. Perjuangan barisan pemain Korea menghadirkan kejutan dan masih diperkatakan sehingga hari ini apabila menundukkan skuad Azzurri.

Watak utama dalam kemenangan itu adalah Pak Doo-ik yang melepaskan percubaan deras sehingga gagal ditepis keluar penjaga gol Itali, Enrico Albertosi. Jaringan itu menjadi satu-satunya gol yang diraih dalam kejohanan itu.

Saeed Al Owairan (Arab Saudi vs Belgium di Piala Dunia 1994)

Mencipta jaringan melalui teknik gelecek hampir separuh padang tentunya bukan perkara mudah. Hanya pemain yang memiliki teknik kawalan yang bagus, kepantasan serta keseimbangan tubuh seperti Diego Maradone dan Lionel Messi yang mampu melakukannya.

Bagaimanapun, ketika Piala Dunia 1994, seorang pemain Arab Saudi bernama Saeed Al Owairan telah melakukannya. Bertemu dengan Belgium dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F, Al Owairan menjaringkan gol legenda itu pada minit kelimat sebelum membawa The Green Falcons melangkah ke pusingan kedua.

Hamid Estili (Iran vs Amerika Syarikat di Piala Dunia 1998)

Hubungan politik antara Iran dan Amerika Syarikat sudah tegang sejak dulu. Hasilnya, pertemua kedua-dua Negara itu menghadirkan aksi getir dalam perlawanan peringkat kumpulan bagi Kumpulan F.

Berstatus bukan pilihan, Iran Berjaya mengatasi Amerika Syarikat 2-1 untuk meraih kemenangan sulungnya di Piala Dunia. Salah satu jaringan Team Melli ketika itu dihasilkan oleh Hamid Estili. Selepas menerima hantaran dari kanan, pemain dengan jersi nombor 9 itu melakukan penyudahan yang mengatasi gawang kawalan Kasey Keller.

Ahn Jung-hwan (Korea Selatan vs Italia di Piala Dunia 2002)

Dramatik dan kontroversi dapat dilihat dalam aksi antara Korea Selatan dan Itali di pusingan kedua. Bagaimanapun, terdapat banyak keputusan yang pelik dilakukan oleh pengadil, Byron Moreno, ketika itu sehingga memberikan kelebihan Korea selaku tuan rumah.

Selepas kedudukan terikat 1-1, aksi terpaksa diheret ke masa tambahan dengan peraturan jaringan emas. Korea bernasib baik apabila Ahn Jung-hwan melonjak tinggi untuk menanduk bola masuk mengatasi Gianluigi Buffon sehingga membawa mereka ke suku akhir.

Tim Cahill (Australia vs Belanda di Piala Dunia 2014)

Sejak meninggalkan Konfederasi Bolasepak Oceania (OFC) dan menyertai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada 2006, Australia muncul satu kuasa baru yang konsisten di pentas Piala Dunia.

Ketika edisi 2014, Australia berdepan Belanda dalam aksi kedua Kumpulan B. tewas 2-3, namun Socceroos sempat menjaringkan gol ikonik menerusi sepakan voli Tim Cahill pada minit ke-21 untuk mengikat kedudukan. Sebuah gol yang akan dikenang sepanjang masa.