Malaysia Liga Super Malaysia

Tribe Ratings Pemain: Rufino, Evan bantu Selangor jarakkan diri daripada zon penyingkiran

Perlawanan pada malam ini berlangsung di Stadium KLFA, Cheras di antara Selangor menentang PKNS FC. Selangor pada malam ini dengan misi untuk menang supaya dapat menjarakkan daripda zon penyingkiran manakala PKNS FC ingin meletakkan diri dalam kelompok terbaik liga.

Perlawanan bermula dengan agak seimbang namun Selangor terlebih dahulu membukan jaringan. Tersentak dengan gol itu, PKNS menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan dengan Safee Sali sebelum tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Selangor lebih mendominasi permainan dengan melakukan beberapa serangan balas dan Evan Dimas berjaya menjaringkan gol kedua untuk Selangor. PKNS cuba mencuri sekurang-kurangnya satu  dengan menyerang bertub-tubi pada penghujung masa. Walaubagaimanapun, kekentalan benteng pertahanan Selangor berjaya memastikan 3 mata penuh milik skuad Red Giants.

Ratings pemain Selangor:

Mohd Khairulazhan (7/10)

Cemerlang memastikan gawangnya tidak dibolosi untuk kali kedua. Kecemerlangannya juga dibantu oleh pertahanan Selangor yang efektif.

K. Kannan (6/10)

Rajin membantu serangan dan fokus dalam bertahan. Namun permainannya sedikit agresif dan dilyangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

 

Amirul Ashraf (6/10)

Lebih banyak menumpukan aksi bertahan di posisinya. Seperti mana kecemerlangan barisan pertahanan Selangor, pujian juga harus diberikan kepada beliau.

Evan Dimas (8/10)

Posisi tengah diisi beliau dengan baik. Menjadi penghubung antara barisan pertahanan dan barisan penyerang. Menjaringkan gol kedua pasukan seterusnya memastikan 3 mata penuh untuk Selangor.

Saiful Ridzuwan (7/10)

Banyak terlibat dengan serangan-serangan balas Selangor. Bergandingan baik dengan Evan Dimas, Amri Yahyah dan Ilham Udin.

Rufino Segovia (5/10)

Berjaya menjaringkan gol pendahuluan buat pasukan Selangor setelah menerima bola muntah. Namun terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua kerana kecederaan.

Alfonso de La Cruz (7/10)

Disiplin yang ditonjolkan pada penghujung separuh masa kedua harus dipuji. Beliau bersama Willian berjaya menyerap tekanan bagi memastikan 3 mata penuh untuk pasukan Selangor.

Amri Yahyah (7/10)

Diberikan tugas 'free role' pada malam ini. Namun lebih banyak terlibat dalam mengawal posisi tengah menyerang. Membekalkan bola kepada pemain sayap dan penyerang dengan efektif.

Ilham Udin (8/10)

Larian yang laju dimanfaatkan beliau untuk menyerang melalui bahagian sayap. Beberapa kali naik ke atas dan berjaya menembusi pertahanan PKNS.

Joseph Kalang Tie (6/10)

Kelincahan dan kepantasan beliau digunakan sepenuhnya untuk menembusi barisan pertahanan pihak lawan dan juga mengancam pintu gol PKNS.

Willian Silva (7/10)

Membentuk gandingan yang baik bersama Alfonso di bahagian tengah. Berjaya mengekang ancaman daripada serangan-serangan pasukan PKNS terutamanya penghujung separuh masa kedua.

Ratings pemain PKNS:

Shahril Sa'ari (6/10)

Beberapa percubaan yang tepat ke arah pintu golnya berjaya dikekang. Namun 2 gol yang dilepaskannya adalah berpunca daripada kelemahan pertahanan.

K. Reuben (4/10)

Permainannya pada malam agak bergelut apabila terpaksa berdepan 1v1 dengan Ilham Udin yang agak cemerlang pada malam ini.

Daniel Ting (4/10)

Agak goyah dalam melindungi barisan pertahanan PKNS. Namun memainkan peranan yang baik dalam memulakan serangan PKNS.

 

Shahrul Azhar (4/10)

Agak tidak menonjol dalam permainan pada malam ini.

Zac Anderson (5/10)

Ketinggian dan fizikal yang besar menjadi aset  dalam melakukan 'clear ball' terutamanya bola di udara. Namun gandingannya bersama Azmizi Azmi kecundang dengan serangan balas Selangor yang pantas.

Safee Sali (7/10)

Bekas penyerang kebangsaan ini rajin dan efektif pada malam. Rembatan padunya sebelum separuh masa pertama membantu PKNS untuk menyamakan kedudukan. Tetapi permainannya sedikit agresif.

Mohamad Qayyum (4/10)

Banyak terlibat dalam mengekang Amri Yahyah dan Joseph Kalang Tie.

Azmizi Azmi (5/10)

Gandingan yang lemah bersama Zac Anderson apabila tidak dapat mengekang serangan balas Selangor yang pantas.

Bruno Matos (5/10)

Banyak membantu serangan PKNS dan beberapa kali menguji penjaga gol Selangor.

Mahali Jasuli (6/10)

Bermain di bahagian tengah kanan dengan baik. Banyak mendominasi di bahagian sayap. Melakukan beberapa hantaran lintang yang baik namun disia-siakan oleh rakan sepasukan.

Rafael Ramazotti (5/10)

Pemain dengan skil yang tinggi. Mampu mengawal bola dengan baik. Namun tidak dapat memberikan impak yang tinggi untuk pasukan PKNS.