Nampaknya hasrat PKNS untuk bersatu kembali dengan bekas pemain import mereka, Gabriel Miguel Guerra tidak kesampaian.
Menerusi laman Facebook rasmi PKNS, mereka menyatakan bahawa pemain berasal daripada Argentina itu tidak dapat kembali menyertai mereka di atas faktor-faktor tertentu.
Pemain yang lebih dikenali dengan nama, Gabby Guerra pernah beraksi bersama The Red Ant pada tahun 2015-2016 apabila menyertai mereka secara pinjaman daripada Boca Juniors B.
Bersama PKNS, dia berjaya menjaringkan 31 gol daripada 44 penampilannya. Ekoran prestasi mantapnya itu, Johor Darul Ta’azim telah menyambarnya pada tahun 2017 dan meletakkannya bersama JDT II. Tetapi, ekoran prestasi hambar pemain import JDT dan aksi hebat Guerra di JDT II, dia telah dibawa naik untuk beraksi bersama JDT.
Melihat pada status terbaru Guerra di Instagram, dia tidak menafikan mahu kembali bersama PKNS dan menyatakan dia pasti akan kembali menyertai PKNS tidak lama lagi.
Mungkinkah Guerra akan kembali memperkuat PKNS pada musim hadapan? Sama-sama kita tunggu.