Santai Luar Negara

10 statistik menarik Real Madrid di pentas Liga Juara-Juara Eropah 2017/2018

Seperti sedia maklum Real Madrid telah menumpaskan Liverpool semalam untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ke-13.

Perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 3-1 menyaksikan Karim Benzema, Sadio Mane dan Gareth Bale mencatat nama selaku penjaring.

Berikut adalah beberapa statistik pasukan Real Madrid pada musim ini.

33 Gol untuk 13 Perlawanan

Menjaringkan 33 gol untuk musim ini. Merupakan pasukan kedua tertinggi rekod jaringan gol. Hanya Liverpool sahaja yang merekodkan gol lebih tinggi iaitu sebanyak 41 gol.

Percubaan Paling Tinggi antara Kelab

Jumlah percubaan paling tinggi dengan 220 percubaan. Bayern Munich ditempat kedua dengan 219 dan Liverpool di tempat ketiga dengan 201 percubaan.

Jenis Gol Dihasilkan

Daripada 33 gol yang dijaringkan, Real Madrid menghasilkan 20 gol menerusi kaki kanan, 8 gol kaki kiri, 3 tandukan dan 2 lain-lain. Manakala 4 gol daripada keseluruhannya adalah menerusi penalti.

Hantaran yang Berjaya Disudahkan

‘Pass Completed’ paling tinggi dengan 7253 hantaran mengatasi Manchester City di tempat kedua, 7043 hantaran.

CR7 Raja Eropah

Cristiano Ronaldo kini memenangi 5 kali kejuaraan Liga Juara-Juara menyamai rekod Barcelona, Bayern Munich dan Liverpool.

Penjaring Gol Terbanyak

Cristiano Ronaldo juga menjaringkan 15 gol dalam kempen kali ini meletakkan beliau selaku penjaring tertinggi mengatasi Roberto Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane dengan masing-masing 10 gol.

Berbahaya di dalam 'Kotak D'

Gol paling banyak terhasil adalah di dalam ‘kotak D’ dengan 26 gol berjaya dihasilkan. Baki selebihnya adalah diluar ‘kotak D’ dan menerusi penalti.

Senioriti di dalam Pasukan

Cristiano pemain paling tua di dalam skuad Las Blancos dengan umur 33 tahun. Hanya Sergio Ramos dan Luka Modric sahaja mengikuti rapat dengan umur 32 tahun.

Kelab Paling Berjaya di Eropah

Kejuaraan kali ini meletakkan Real Madrid sebagai juara Eropah sebanyak 13 kali. Hanya AC Milan yang mengikuti di tempat kedua dengan menjadi juara sebanyak 7 kali.

Maestro Zinedine Zidane

Zinedine Zidane memenangi Kejuaraan Liga Juara-Juara 3 kali berturut-turut sebagai pengurus pasukan. Ini merupakan satu rekod baru yang tidak pernah dicipta oleh mana-mana pengurus lain.