Luar Negara Eropah

Koleksi transfer rumours terhangat di Eropah: 25 Mei 2018

Walaupun Piala Dunia 2018 semakin hampir, berita-berita perpindahan di seluruh Eropah sudah mula menjadi topik hangat di kalangan penyokong bolasepak. Banyak kelab yang akan cuba melengkapkan beberapa perpindahan sebelum Piala Dunia bermula, kerana nilai pasaran seseorang pemain mungkin melonjak jika pemain tersebut beraksi dengan cemerlang di Rusia nanti.

Jadi, setiap hari, bermula dengan hari ini, kami akan menampilkan koleksi transfer rumours terhangat di Eropah, terutamanya yang melibatkan kelab-kelab terbesar seperti Manchester United, Liverpool, Real Madrid, Barcelona, Manchester City, Bayern Munich dan juga Juventus.

Berikut adalah senarai transfer rumours dan spekulasi terhangat di Eropah untuk 25 Mei 2018:

NABIL FEKIR KE LIVERPOOL

Pemain sayap Lyon ini sudah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool buat sekian lama, namun beberapa media di Eropah, termasuk RTL, melaporkan bahawa perpindahan tersebut akan dilengkapkan sejurus skuad  The Reds pulang dari Kiev, di mana mereka dijadualkan bertemu dengan Real Madrid dalam perlawanan final UCL pada hari Sabtu ini.

FRED BAKAL MENYARUNG JERSI UNITED?

Fabrizio Romano, antara wartawan tersohor di Eropah, melaporkan bahawa Shakhtar Donetsk telah bersetuju untuk menjual Fred kepada kelab gergasi EPL, Manchester United. Jose Mourinho mahu memperkuatkan bahagian tengah United, dan Fred menjadi antara sasaran utama beliau untuk musim depan.

SPURS BERMINAT BAWA MARTIAL KE LONDON

Di London pula, Tottenham Hotspur sedang memantau situasi Anthony Martial di Manchester United. Menurut The Sun, Mauricio Pocchetino, yang baru sahaja melanjutkan kontraknya bersama Spurs, berminat dengan corak permainan Martial. Jurulatih Spurs itu turut sedar bahawa Martial tidak berpuas hati dengan kekurangan peluang beraksi di bawah Jose Mourinho.

'REUNION' UNTUK STEVEN N'ZONZI DAN UNAI EMERY?

Selepas bersetuju untuk mengambil alih Arsenal, Unai Emery dikatakan sudah mula merancang untuk musim depan, dan antara pemain yang disasarkan oleh jurulatih Sepanyol itu adalah Steven N'Zonzi. Pemain tengah itu pernah menjadi 'transfer target' Arsenal sebelum ini, dan dia juga pernah bermain di bawah Emery tiga tahun lepas.

MORATA MAHU PULANG KE ITALI?

Alvaro Morata dilaporkan mahu berpindah semula ke Itali untuk menyertai kelab lamanya, Juventus. Morata baru sahaja berhijrah ke Chelsea dari Real Madrid pada bulan Ogos 2017, namun dia gagal menunjukkan aksi yang cemerlang di atas padang, terutamanya selepas Chelsea membawa masuk Olivier Giroud dari Arsenal pada bulan Januari lepas. Menurut Bleacher Report, CEO Juventus menyelar spekulasi tersebut. Namun, pelbagai laporan di Itali berkata bahawa ejen Morata bakal mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Juventus dalam masa terdekat.