Nampaknya hasil semaian Projek Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) semakin menampakkan hasil.
Program yang dimulakan pada tahun 2014 dengan tujuan untuk menaikkan bolasepak negara dan melahirkan pemain muda berkualiti ini telah banyak menarik perhatian pihak luar.
Skuad NFDP yang dihantar untuk menyertai kejohanan luar telah mula mendapat perhatian kelab-kelab ternama Eropah.
Terbaru, dua pemain dari projek ini telah dipanggil menjalani ujian bersama kelab Liga Belanda, AZ Alkmaar.
Adam Farhan yang berusia 14 tahun dan Aznil yang berusia 15 tahun kini sedang menjalani latihan bersama pasukan berkenaan.
2 AMD players Adam Farhan (14) and Aznil (15) on trial at AZ Alkmaar in Holland today
Good luck boys!@nfdpmalaysia @KBSMalaysia @KemPendidikan @MSNMALAYSIA @FAM_Malaysia pic.twitter.com/IXnSshsWrt— safirul (@SafirulAbuBakar) May 22, 2018
Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dari projek ini, mungkinkah kita bakal melihat ramai pemain-pemain muda negara beraksi bersama kelab Eropah? Ianya tidak mustahil jika projek ini terus konsisten.
Dengan Akademi Mokhtar Dahari yang sudah mula digunakan, pastinya kita boleh melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti untuk menjadi pelapis skuad kebangsaan.
Jika NFDP dan AMD terus konsisten, mungkin akan tiba masanya kita melihat skuad kebangsaan mula mencabar di peringkat antarabangsa.