Luar Negara Eropah

10 tragedi-tragedi menyedihkan yang pernah berlaku dalam sukan bolasepak

Bolasepak sering mampu memcetus pelbagai emosi bagi para penyokong, terutamanya apabila kelab kesayangan mereka tewas atau menang dalam sesebuah perlawanan. Namun, segala emosi yang dirasai ketika kelab anda tewas, tidak boleh dibandingkan dengan kesedihan yang dirasai apabila tragedi yang lebih besar berlaku.

Berikut adalah senarai 10 tragedi menyedihkan yang pernah berlaku dalam sukan bolasepak:

Tragedi Superga - 4 Mei 1949

Kapten dan nadi pasukan Torino, Valentino Mazzola, telah menerima jemputan untuk beraksi buat Lisbon ketika bertemu Benfica dalam perlawanan 'tribute' bagi meraikan Francisco Ferreira. Selepas Torino dinobatkan selaku juara pada 30 April dalam aksi penentuan menentang Inter Milan, para pemain berlepas ke Lisbon. Namun dalam perjalanan balik ke Turin, pesawat tersebut terhempas, dan membunuh 31 orang termasuk 18 pemain terbaik daripada skuad Torino ketika itu yang digelar Il Grande Torino.

Tragedi pesawat Chapecoense - 28 November 2016

Sebuah pesawat khas telah membawa seramai 77 orang penumpang, termasuk seorang pemain Chapecoense yang dalam perjalanan ke Colombia untuk aksi final Copa Sudamericana sebelum terhempas di Medellin, Colombia sehingga menyebabkan 71 org meninggal dunia. Punca kepada kemalangan itu adalah kehabisan minyak susulan kegagalan merancang penerbangan dan tidak sempat melakukan panggilan kecemasan sewaktu kehabisan minyak.

Tragedi Hillsborough - 15 April 1989

Tragedi Hillsborough, dimana berlakunya rusuhan antara penonton ketika aksi separuh akhir Piala FA melibatkan Liverpool dan Nottingham Forest pada 1989, disifatkan sebagai tragedi paling buruk dalam sejarah British. 96 orang terbunuh, sementara 766 orang lagi mengalami kecederaan ekoran kesilapan dalam mengasingkan penonton pada dua zon berdiri di Leppings Lane Stand.

Tragedi Munich - 6 Februari 1958

Sebuah pesawat British Airway yang membawa skuad Manchester United selepas pertemuan dengan Red Star Belgrade di Yugoslavia telah terhempas dalam cubaan ketiga untuk berlepas dari Lapangan Terbang Munich-Riem. Seramai 20 daripada 44 orang penumpang telah mati di tempat kejadian, sebelum tiga lagi anak kapal kehilangan nyawa di sebuah hospital di Munich. Antara yang terkorban adalah Roger Bryne dan Duncan Edwards, pertahanan terbaik England ketika itu. Pengurus pasukan, Sir Matt Busby, terselamat, sementara Sir Bobby Charlton turut berjaya meneruskan kehidupannya.

Tragedi pesawat pasukan Zambia - 27 April 1993

Sebuah pengangkutan udara yang disediakan oleh Zambian Air Force telah membawa skuad bola sepak negara mereka tetapi terhempas di Lautan Atlantik. Pesawat itu berlepas dari Gabon untuk je Dakar bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia. Kemalangan itu meragut nyawa semua penumpang termasuk 18 orang pemain. Skuad Zambia tampak hebat pada waktu itu dan berpeluang layak ke pusingan akhir. Selepas siasatan dilakukan, laporan mengesahkan ia adalah susulan tindakan juruterbang dan kelemahan sehingga menyebabkan kecelakaan.

Tragedi serangan ke atas bas skuad Togo - 8 Januari 2010

Pada 8 Januari 2010, bas skuad kebangsaan Togo telah diserang oleh pengganas sewaktu bertandang ke Angola untuk aksi AFCON. Serangan itu telah mengorbankan pembantu jurulatih, Amelete Abalo, serta menyebabkan kecederaan buat beberapa pemain termasuk penjaga gol, Kodjovi Obilale, dan pengurus, Hubert Velud. Emmanuel Adebayor menyifatkan serangan itu adalah perkara terburuk dalam hidupnya.

Traged Heysel - 29 Mei 1985

Salah satu keganasan terburuk daripada ekstremis bola sepak. Ketika final Piala Eropah antara Liverpool dan Juventus, 39 orang penonton yang rata-rata terdiri daripada pemina Juve telah terbunuh, sementara 600 lagi penonton tercedera selepas ekstremis Liverpool menyerang mereka. Serangan ini mencetuskan kekecohan di Stadium Helsey, Belgium sehingga menyebabkan pagar runtuh, sekaligus mengakibatkan seluruh kem bola sepak England digantung daripada saingan Eropah sehingga musim 1990/91.

Tragedi pesawat Alianza Lima - 8 Disember 1987

Sebuah kelab Peru, Alianza Lima, sedang dalam perjalanan pulang dari Pucallpa dari bandar mereka. Pendahulu liga itu tidak kembali susulan insiden terhempas di Lautan Pasifik akibat kecuaian juruterbang. Semua anak kapal termasuk pemain, pengurus dan staf pasukan terkorban kecuali juruterbang itu sendiri.

Tragedi Ibrox - 2 Januari 1971

Aksi Old Firm Derby adalah salah sebuah perseteruan paling dahsyat pernah wujud di dunia. Bagaimanapun, permusuhan itu tamat pada 2 Januari 1971. Penyokong Rangers dan Celtic telah bertempur sehingga menyebabkan 66 kematian dan lebih 200 orang tercedera.

Tragedi Dniprodzerzhynsk - 11 Ogos 1979

Dua Aeroflot -- pesawat Russia -- telah bertembung di Dniprodzerzhynsk, Ukraine, pada 11 Ogos 1979. Kemalangan itu menyebabkan sebanyak 178 nyawa terkorban daripada kedua-dua pesawat, termasuk 17 orang pemain daripada kelab atasan Soviet, Pakhtakor.