Dalam masa 50 hari, kita akan disajikan dengan sepak mula Piala Dunia 2018, di mana 32 negara dari seluruh dunia akan bertarung untuk menjadi juara dunia. Pertarungan ini sering menyediakan aksi-aksi yang menakjubkan untuk jutaan peminat bolasepak di seluruh dunia, namun tahap kesengitan di setiap pentas Piala Dunia juga turut akan mencetus insiden-insiden yang berunsur kontroversi.
Berikut adalah tujuh insiden berunsur kontroversi dalam sejarah Piala Dunia:
Jaringan Frank Lampard tidak dikira oleh pengadil perlawanan
Ketika Piala Dunia 2010, Frank Lampard telah melakukan satu rembatan padu diluar kotak penalti mengenai palang sebelum melantun ke dalam gawang. Pengadil meneruskan perlawanan walaupun ulangsiar dengan jelas menunjukkan jaringan gol.
Ronaldo dan Perlawanan Akhir Piala Dunia 1998 menentang Perancis
Ronaldo tiada dalam kesebelasan utama Brazil dan dikatakan berada dalam keadaan tidak sedar. Beberapa ketika sebelum sepak mula, Ronaldo kembali dalam kesebelasan utama menggantikan Edmundo. Ekoran itu, Brazil juga kalah kepada Perancis dan pelbagai spekulasi timbul.
Ludahan Frank Rijkaard kepada Rudi Voller
Insiden ini berlaku pada saingan suku akhir Piala Dunia 1990 antara Jerman Barat menentang Belanda. Ketika ini kedua-dua pemain ini diarahkan keluar padang. Jerman Barat memenangi perlawanan ini 2-1 dan mara ke saingan suku akhir.
Rempuhan Harald Schumacher ke atas Patrick Battiston
Pertembungan mereka ketika perlawanan separuh akhir di antara Jerman dan Perancis pada tahun 1982 menyebabkan Battiston jatuh pengsan tidak menyedarkan diri. Ia menyebabkan Battiston kehilangan 2 batang gigi, patah 3 tulang rusuk dan sakit kepala.
"Hand of God" Diego Maradona
Perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986 antara England dan Argentina. Diego Maradona melompat dalam perebutan bola di udara antara beliau dan Peter Shilton. Ketika perebutan itu, Maradona menumbuk bola terus ke gawang dan pengadil mengesahkan jaringan tersebut.
Tandukan Zinedine Zidane ke atas Marco Materazzi
Perlawanan akhir Piala Dunia 2006. Semasa masa tambahan, Zidane dalam keadaan tiba-tiba berjalan ke arah Materazzi dan menanduk beliau. Pengadil terus memberikan kad merah dan mengarahkan Zidane keluar padang. Perancis kalah perlawanan itu dalam penentuan sepakan penalti.
Pembunuhan Kapten Colombia Andres Escobar
Menentang Amerika Syarikat, Escobar telah menjaringkan gol sendiri dan Colombia kalah 2-1. Menyebabkan mereka terkeluar daripada saingan Piala Dunia. 10 hari kemudian beliau ditembak mati. Hal ini dikatakan berpunca daripada kalah pertaruhan antara kartel dadah di Colombia.