Berita Asia

Tribe Ratings: Safiq, Safawi bantu JDT tamatkan perjalanan Piala AFC secara bermaruah

Johor Darul Ta’zim menerima kunjungan Song Lam Nghe An dari Vietnam malam ini di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Ini merupakan saingan akhir peringkat kumpulan H pertandingan Piala AFC.

Skuad Harimau Selatan membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi Safawi Rasid sebelum Syafiq Ahmad menggandakan jaringan selang 3 minit kemudian. SLNA FC bangkit pada minit ke-41 untuk merapatkan jaringan menerusi Nguyen Vet Nguyen dan mengikat JDT 2-2 sebelum wisel tamat separuh masa ditiup.

Separuh masa kedua, JDT diberikan sepakan penalti. Safiq Rahim mudah menjaringkan gol untuk meletakkan JDT dihadapan. Skor kekal sama sehingga tamat masa perlwanan dengan JDT 3 – 2 SLNA.

Berikut adalah Tribe Ratings yang diberikan oleh penulis kami kepada setiap pemain JDT yang beraksi malam ini:

Izham Tarmizi 6/10

Jarang-jarang diuji dengan serangan berbahaya pada 45 minit pertama. Namun, bolos 2 gol berpunca daripada sepakan sudut oleh pasukan SLNA. Separuh masa kedua menyaksikan beliau berjaya mematahkan beberapa serangan pasukan SLNA dengan baik, terutamanya rembatan akhir pada minit ke-91.

S. Kunanlan 6/10

Pemain yang rajin dan bertenaga. Seringkali naik untuk membantu serangan. Mencipta beberapa peluang dengan hantaran lintang.

Aidil Zafuan 6/10

Bergandingan dengan Fadli Shas dengan baik. Kekal fokus dan berjaya mengekang pasukan lawan menambah jaringan pada separuh masa kedua.

Fadli Shas 5/10

Bermain dengan baik bersama Aidil Zafuan. Namun perlu lebih agresif lagi dalam permainan.

Corbin-Ong 7/10

Bermain dengan baik pada malam ini. Berjaya menghasilkan satu bantuan gol kepada Syafiq Ahmad. Separuh masa kedua menyaksikan beliau banyak membantu serangan dan memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Afiq Fazail 6/10
Membantu untuk melindungi pertahanan. Juga mengatur untuk memulakan serangang. Perlu lebih kreatif dalam memulakan serangan.

Safiq Rahim 8/10

Pemain yang menonjol untuk perlawanan ini dan berjaya menjaringkan gol menerusi sepaka penalti. Konsisten memberi tekanan kepada pasukan lawan dengan menghasilkan beberapa percubaan.

Natxo Insa 7/10
Menghasilkan satu bantuan gol buat Safawi Rasid. Berjaya mengawal bahagian tengah JDT dengan baik.

Safawi Rasid 8/10

Pemain muda yang meningkat naik ini bergandingan baik dengan Kunanlan untuk menyerang. Berjaya menjaringkan gol pembukaan setelah mendapat lorongan daripada Natxo Insa.

Syafiq Ahmad 7/10

Satu tandukan yang menghasilkan gol berjaya disudahkan oleh pemain ini.

Hazwan Bakri 5/10
Mampu bermain 90 minit namun masih lagi tercari-cari rentak untuk menghasilkan gol. Kadang-kala turun ke bawah untuk mendapatkan bola namun tidak banyak yang dapat dihasilkan daripadanya.

Simpanan:

Darren Lok -/10
Tidak banyak dapat dilakukan. Memiliki peluang untuk melakukan rembatan. Terlalu lama memegang bola.

Gary Steven Robat -/10
Bermain 16 minit terakhir perlawanan. Tidak banyak dapat dilakukannya.

Marcos Antonio -/10
Menggantikan Fadli Shas pada minit ke-77. Berjaya mengekalkan gawang daripda dibolosi pemain lawan.