Salam sejahtera, para pembaca Football Tribe sekalian!
Kami kembali lagi minggu ini dengan edisi kelima konten terbaru Football Tribe, iaitu ‘Southeast Asia Weekly Best XI’ ataupun Kesebelasan Terbaik Mingguan Asia Tenggara!
Senarai ini dibina melalui kolaborasi antara panel penulis kami di seluruh Asia Tenggara, dan berikut adalah senarai 11 pemain terbaik di rantau ini sepanjang satu minggu lepas.
GK: Khatul Anuar (Kuala Lumpur)
Penjaga gol muda ini cukup cemerlang untuk Kuala Lumpur hujung minggu lepas, apabila skuad City Boys melalukan kemenangan 'comeback' ke atas Selangor di pentas suku akhir Piala FA. Dia membuat 4-5 tepisan penting dalam perlawanan tersebut, untuk memastikan Kuala Lumpur mencatat 'clean sheet'. Sayangnya, Selangor akhirnya meraih kemenangan 8-7 di peringkat sepakat penalti.
DF: Nguyen Tien Duy (Sai Gon FC)
Sai Gon FC turun berentap dengan antara pasukan terkuat Vietnam, Hanoi FC, hujung minggu lepas dan Nguyen Tien Duy memainkan peranan yang besar dalam membantu Sai Gon meraih satu mata dalam perlawanan tersebut.
DF: Victor Cardozo (Chiangrai United)
Chiangrai berjaya mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan terkuat di Asia Tenggara pada waktu ini, Buriram United. Dan tonggak pertahanan Chiangrai, Victor Cardozo, sempat meledak gol kemenangan dalam perlawanan tersebut, selain turut mengekang kemaraan dua penyerang utama Buriram.
DF: Abu Rizal Maulana (Persebaya Surabaya)
Tatkala Sriwijaya FC menjadi pilihan orang ramai untuk menewaskan Persebaya Surabaya minggu lepas, Abu Rizal Maulana muncul hero Persebaya dengan persembahan yang cukup bertenaga. Dia turut melakukan sebuah terjahan penting pada penghujung perlawanan untuk memastikan pasukannya meraih satu mata.
LM: Nguyen Hong Son (Vietnam U-19)
Pemain muda Vietnam ini terus mencuri tumpuan di negaranya apabila berjaya membantu skuad B-19 mereka seri 1-1 bersama skuad B-19 Korea Selatan. Dia mencari perancang utama Vietnam dalam perlawanan tersebut.
CM: Nasir Basharuddin (Perak FA)
Ketika Perak ketinggalan 0-2 menentang PKNS Sabtu lepas, Nasir Basharuddin mencetus kebangkitan mereka dan berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu skuad The Bos Gaurus seri 2-2 di Ipoh. Walau bagaimanapun, PKNS tetap mara ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan agregat 4-3.
CM: Chanatphol Sikkamonthol (Nakhon Ratchasima)
Pemain tengah milik Nakhon Ratchasima ini bermain dengan cukup efisien apabila pasukannya menewaskan Chiangrai United tempoh hari. Selain mencatat satu assist, Chanatphol turut banyak melalukan hantaran-hantaran bahaya dari bahagian tengah.
RM: Riko Simanjuntak (Persija Jakarta)
Riko banyak menggunakan kelajuannya untuk muncul pemain paling bahaya di atas padang dalam kemenangan 4-1 Persija Jakarta ke atas PSIS Semarang. Dia mencatat dua assist dalam perlawanan tersebut.
FW: Ezechiel N'Douassel (Persib Bandung)
Kapten skuad kebangsaan Chad ini terus membuktikan kebolehannya bersama Persib Bandung musim ini, dengan dua gol cantik untuk membantu pasukannya menumpaskan Borneo FC tempoh hari.
FW: Patrick Cruz (Pahang)
Patrick Cruz menggalas tanggungjawab selaku penyerang utama Pahang dengan cukup cemerlang hari Jumaat lepas apabila meledak hat-trick untuk membantu skuad Tok Gajah menewaskan Johor DT 3-0 di Larkin. Kemenangan itu sekaligus membawa Pahang ke peringkat separuh akhir Piala FA.
FW: Bill Rosimar Amancio
Sama seperti Patrick Cruz, penyerang Ratchaburi yang berasal daripada Brazil ini menjaringkan hat-trick dalam kemenangan pasukannya ke atas Suphanburi FC.
Anda setuju dengan pilihan panel penulis Football Tribe? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook kami!