Liga 1 Indonesia membuka tirai semalam dengan juara bertahan musim lalu, Bhayangkara FC terikat tanpa jaringan dengan Persija Jakarta.
Walaupun baru satu perlawanan yang berlangsung, sudah ada drama di Liga Indonesia.
Bhayangkara FC berkemungkinan besar telah melanggar kod disiplin FIFA 2017 apabila menurunkan pemain pertahanan, Vladimir Vujovic yang masih menjalani hukuman penggantungan lima perlawanan.
Hukuman tersebut dikenakan oleh jawatan kuasa disiplin PSSI kepada Vujovic ketika dia beraksi untuk Persib Bandung menentang Persija Jakarta dalam aksi Liga 1 musim lalu.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan, Solo pada 3 November itu, Vujovic telah bertengkar dengan pengadil perlawanan dan oleh sebab itu telah dikenakan hukuman penggantungan lima perlawanan berserta denda 30 juta rupiah.
Setakat ini Vujovic baru menjalani hukuman untuk dua perlawanan, iaitu perlawanan menentang Borneo FC dan Perseru Serui pada musim lalu. Jadi sepatutnya masih ada baki tiga perlawanan.