Pada hari yang sama Malaysia seri 2-2 dengan Mongolia yang berada di ranking ke-189 dunia, juara Asia Tenggara, Thailand berjaya menewaskan Gabon yang berada di ranking ke-119 dunia menerusi penentuan sepakan penalti.
Biarpun menentang Gabon yang diperkuat pemain Southampton, Mario Lemina dan hampir kesemua pemain mereka bermain di Eropah, Thailand berjaya menunjukkan kehebatan di laman sendiri apabila mengikat Gabon 0-0 dan mengheret perlawanan ke sepakan penalti.
Satu-satunya pemain Thailand yang beraksi di Eropah, Kawin Thamsatchanan menunjukkan kelasnya tersendiri dengan menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Gabon. Thailand muncul pemenang sepakan penalti 4-2.
Thailand seterusnya akan berdepan pasukan di ranking ke-29 FIFA, Slovakia yang pernah menjuarai Kejohanan King’s Cup pada tahun 2004. Walaupun dengan ketiadaan bintang Napoli, Marek Hamsik, Slovakia mempunyai pemain-pemain lain yang mampu menghancurkan harapan Thailand seperti bekas pemain Liverpool, Martin Skrtel. Slovakia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1.