Luar Negara Piala Dunia 2018

10 pemain termuda yang diturunkan di pentas Piala Dunia 2018

Piala Dunia merupakan pentas bolasepak terbesar di dunia dan tekanan yang dialami oleh setiap pemain sudah tentu cukup tinggi. Ini merupakan sebab utama di belakang keputusan kebanyakkan pasukan untuk membawa pasukan yang berpengalaman ke Rusia.

Sebagai contoh, pasukan Panama mengandungi 6-7 pemain yang mempunyai lebih daripad 100 caps. Beberapa pasukan lain, seperti Peru juga mengandungi ramai pemain yang berpengalaman.

Walau bagaimanapun, Piala Dunia kali ini tetap memaparkan aksi-aksi beberapa pemain muda, termasuk bintang muda Australia, Daniel Arzani, yang tampil sebagai pemain termuda di Rusia tahun ini.

Berikut adalah senarai 10 pemain termuda di Piala Dunia 2018:

10) Edson Alvarez

Pasukan: Mexico
Tarikh Lahir: 24 Oktober, 1997

9) Marcus Rashford

Pasukan: England
Tarikh Lahir: 31 Oktober, 1997

8) Lee Seung-woo

Pasukan: Korea Selatan
Tarikh Lahir: 6 Januari, 1998

7) Ismaila Sarr

Pasukan: Senegal
Tarikh Lahir: 25 Februari, 1998

6) Jose Luis Rodriguez

Pasukan: Panama
Tarikh Lahir: 19 Jun, 1998

5) Moussa Wague

Pasukan: Senegal
Tarikh Lahir: 4 Oktober, 1998

4) Francis Uzoho

Pasukan: Nigeria
Tarikh Lahir: 28 Oktober, 1998

3) Achraf Hakimi

Pasukan: Maghribi
Tarikh Lahir: 4 November 1998

2) Kylian Mbappe

Pasukan: Perancis
Tarikh Lahir: 20 Disember 1998

1) Daniel Arzani

Pasukan: Australia
Tarikh Lahir: 4 Januari 1999