Asia

Presiden FIFA Gianni Infantino akan melawat Vietnam esok

Presiden FIFA, Gianni Infantino akan melakukan lawatan rasmi ke Vietnam pada 8 Februari, iaitu esok.

Infantino dijangka akan berjumpa dengan pihak atasan Federasi Bolasepak Vietnam (VFF) untuk membincangkan beberapa perkara, sebelum berjumpa dengan pihak kerajaan Vietnam.

Lawatan ini dijangka memainkan peranan yang penting dalam evolusi bolasepak Vietnam, terutamanya dari segi pembangunan akar umbi.

Infantino merupakan individu terbesar di dalam dunia bolasepak untuk melawat negara tersebut. Bulan November lepas, presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa turut sempat melawat Vietnam.

Berita ini hadir hanya beberapa minggu selepas skuad B-23 Vietnam berjaya melakar sejarah di pentas kejohanan AFC B-23 tahun, apabila mereka mara ke final sebelum tewas tipis di tangan Uzbekistan.

Manakala, skuad B-20 Vietnam pula membuat penampilan pertama yang cukup bersejarah di Piala Dunia B-20 tahun, yang diadakan di Korea Selatan tahun lepas.