Asia Luar Negara

Nguyen Quang Hai: Kenali bintang baru Vietnam yang mengganas di pentas AFC B-23

Kejayaan Vietnam di pentas kejohanan AFC B-23 tahun tidak boleh diambil mudah. Dari awal, mereka berdepan dengan cabaran yang cukup besar – Korea Selatan, Syria dan Australia di peringkat kumpulan, sebelum berdepan dengan Iraq, Qatar dan akhirnya Uzbekistan di peringkat kalah mati.

Namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak buah Park Hang-seo akhirnya membantu skuad Vietnam ini untuk mara ke peringkat final dan sekaligus mencipta sejarah untuk bolasepak Asia Tenggara. Kredit perlu diberikan kepada semua pemain Vietnam, namun satu pemain mereka yang berjaya menarik perhatian ramai adalah Nguyen Quang Hai.

Bintang muda Vietnam ini bukan sahaja tonggak penting di bahagian tengah, namun, dia turut menjadi penjaring terbanyak Vietnam sepanjang kejohanan tersebut dengan 5 gol, termasuk gol yang dijaringkan di pentas final tempoh hari.

Nama Quang Hai sudah mula disebut oleh pihak pengurusan kelab-kelab besar di Asia Tenggara dan juga Asia Timur dan kebanyakkan peminat bolasepak di Vietnam mahu melihat Quang Hai berhijrah ke liga luar negara. Oleh itu, berikut adalah beberapa info berkenaan pemain muda Vietnam ini, khas dibawakan oleh sahabat kami di Football Tribe Vietnam!

Nguyen Quang Hai bermain untuk Hanoi FC di pentas V.League. Dia memulakan kariernya bersama kelab tersebut, namun sempat berhijrah ke Sai Gon FC di Ho Chi Minh pada tahun 2015, sebelum kembali menyertai Hanoi FC satu tahun kemudian.

Meskipun baru berumur 20 tahun, Quang Hai sudah membuat tiga penampilan untuk skuad kebangsaan Vietnam dan berjaya menjaringkan gol pertamanya ketika Vietnam turun berdepan dengan Cambodia di Phnom Penh dalam saingan kelayakan Piala Asia pada bulan September lepas.

Selain Hoang, individu yang paling rapat dengan Quang Hai adalah ibunya. Sejak kecil Quang Hai sentiasa mencari ibunya jika mempunyai sebarang masalah dan dia masih berbuat demikian sehingga sekarang, meskipun dia sudah menjadi ikon yang besar di Vietnam.

Quang Hai memulakan kariernya di posisi penyerang. Namun, dia akhirnya disuruh menjadi pemain tengah selepas jurulatihnya mula menyedari kualiti teknikal yang dimiliki oleh pemain muda yang dilahirkan di Hanoi ini. Kini, Quang Hai turut mengakui bahawa posisi tengah lebih sesuai untuk corak permainannya.

Quang Hai mempunyai persahabatan yang cukup akrab dengan rakan sepasukannya di Hanoi FC, Duy Manh. Hai dan Manh menjadi sahabat ketika mereka masih kanak-kanak lagi, dan kesefahaman di antara kedua-dua pemain ini boleh dilihat apabila mereka turun beraksi untuk Hanoi FC. Mereka ibarat adik-beradik daripada keluarga yang sama.

Walaupun Barcelona adalah pasukan Eropah yang diminati oleh Quang Hai, pemain yang menjadi idolanya adalah bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Menurut Quang Hai, dua perkara tentang Ronaldo yang menarik perhatiannya adalah gaya permainan dan juga kegigihan CR7 di atas padang dalam setiap perlawanan.

Menurut jurulatih dan rakan sepasukannya, Quang Hai merupakan antara pemain yang paling rajin di sesi latihan. Pemain yang berusia 20 tahun ini sentiasa mencari jalan baru untuk terus menunjukkan peningkatan di atas padang. Malah, dia selalu mengkaji corak permainannya selepas setiap perlawanan untuk mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki.

Enam tahun lepas, bekas jurulatih Quang Hai, Vu Minh Hoang meninggal dunia. Tetapi sehingga sekarang, Quang Hai masih mengingati Hoang, setiap kali dia menjaringkan gol-gol yang penting untuk kelab dan juga negara. Selepas menjaringkan gol yang membantu Vietnam seri dengan Australia di pentas AFC B-23 tahun, Quang Hai memuat naik status Facebook untuk mengingati Hoang. "Saya percaya Coach Hoang mesti bangga," kata Quang Hai.

Quang Hai sering digelar sebagai 'Arjen Robben' Vietnam kerana dia mempunyai sepakan kaki kiri yang cukup bahaya. Kualiti tersebut ditayangkan dengan jelas di bumi China baru-baru ini apabila Quang Hai menjaringkan beberapa gol dengan kaki kirinya.