La’Vere Corbin-Ong.
Ini nama pemain yang menarik perhatian ramai ketika perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos malam tadi. Buat kali pertama sejak dia menyertai JDT, para penyokong diberi peluang menyaksikan corak permainannya sebagai seorang bek kiri. Hasilnya? Persembahan yang cukup mantap!
Corbin-Ong bukan sahaja kukuh di bahagian pertahanan, tetapi dia gemar bermain dengan ‘defensive line’ yang tinggi, sekaligus memberi peluang kepadanya untuk menyerang pertahanan lawan dengan kerap. Tetapi, pada babak kedua, Corbin-Ong mendedahkan satu lagi aspek permainanya yang belum pernah disaksikan oleh peminat bolasepak Malaysia sebelum ini – lontaran jauh!
Berikut adalah dua video yang memaparkan cubaan lontaran jauh yang dilakukan oleh bekas pemain FSV Frankfurt itu.
Lontaran ke dalam pertahanan kiri @OfficialJohor, La Vere Corbin Ong. Jauh teruk! 😨 Semasa 1-1. #PialaSumbangsih2018 #unifiLigaSuper #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/jDzHQ42uSV
— Team Malaysia (@TeamMsia) February 3, 2018
There you go. An example of Corbin-Ong getting absolutely possessed by Rory Delap. pic.twitter.com/c9n4zq6ZHR
— Keesh (@keeshmatstats) February 3, 2018
Ada yang kata macam Rory Delap. Tetapi, lontaran Corbin-Ong setakat ini masih belum sehebat lontaran Adrien Jurad Chamrong!