Kami selalu menerima pelbagai soalan berkenaan keluarga Football Tribe.
“Kenapa ada Football Tribe Vietnam? Berapa banyak edisi Football Tribe di luar sana? Apa motif di sebalik penubuhan Football Tribe? Apa maksud nama Football Tribe?”
Untuk menjawab soalan-soalan ini, kami telah membina platform ‘TRIBLOG” – sebuah blog yang memaparkan maklumat-maklumat unik berkenaan Football Tribe dan keluarga editor dan penulis yang membina konten untuk anda setiap hari.
Ketua Pegawai Eksekutif kami, Cesare Polenghi ada mendedahkan sejarah di belakang nama dan logo Football Tribe manakala Ketua Bahagian Fotografi untuk Football Tribe, Dan Orlowitz ada menceritakan bagaimana dunia bolasepak Jepun berjaya mengubah hidupnya sejak 2007.
Mahu mengenali keluarga kami dengan lebih lanjut? Sila layari http://football-tribe.blogspot.my
#JoinTheTribe #FeelThePassion