![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2018/01/u23-viet-nam-quang-hai-goi-cong-phuong-co-the-tra-loi-0704.jpg)
Kejayaan Vietnam di pentas kejohanan AFC B-23 tahun tidak boleh diambil mudah. Dari awal, mereka berdepan dengan cabaran yang cukup besar – Korea Selatan, Syria dan Australia di peringkat kumpulan, sebelum berdepan dengan Iraq, Qatar dan akhirnya Uzbekistan di peringkat kalah mati.
Namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak buah Park Hang-seo akhirnya membantu skuad Vietnam ini untuk mara ke peringkat final dan sekaligus mencipta sejarah untuk bolasepak Asia Tenggara. Kredit perlu diberikan kepada semua pemain Vietnam, namun satu pemain mereka yang berjaya menarik perhatian ramai adalah Nguyen Quang Hai.
Bintang muda Vietnam ini bukan sahaja tonggak penting di bahagian tengah, namun, dia turut menjadi penjaring terbanyak Vietnam sepanjang kejohanan tersebut dengan 5 gol, termasuk gol yang dijaringkan di pentas final tempoh hari.
Nama Quang Hai sudah mula disebut oleh pihak pengurusan kelab-kelab besar di Asia Tenggara dan juga Asia Timur dan kebanyakkan peminat bolasepak di Vietnam mahu melihat Quang Hai berhijrah ke liga luar negara. Oleh itu, berikut adalah beberapa info berkenaan pemain muda Vietnam ini, khas dibawakan oleh sahabat kami di Football Tribe Vietnam!