Sejarah tercipta di bumi China.
Tiada siapa yang menjangkakan skuad Datuk Ong Kim Swee mampu layak ke pentas Piala AFC B-23 tahun. Tiada siapa yang menjangkakan barisan pemain ini mampu mara ke final Sukan SEA. Tiada siapa yang menjangkakan pemain kita mampu memberi cabaran kepada Arab Saudi, Jordan dan Iraq. Tiada siapa yang menjangkakan Malaysia akan menjadi negara Asia Tenggara pertama untuk layak ke peringkat kalah mati di pentas Piala AFC B-23 tahun.
Walaupun berdepan dengan cabaran yang sengit, Malaysia berjaya menewaskan Arab Saudi 1-0 malam semalam untuk mara ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah, malam semalam. Daniel Amier menjaringkan gol tunggal Malaysia pada minit ke-28 untuk membantu rakan sepasukannya melakar sejarah sebagai naib juara Kumpulan C.
Kejayaan ini tidak boleh diperkecilkan dan berikut adalah senarai pendapat penulis-penulis sukan di seluruh Asia, berkenaan kemenangan bersejarah Malaysia ke atas Arab Saudi malam semalam!
DAN ORLOWITZ
Pengulas Bolasepak Jepun
TRUNG NGUYEN
Ketua Editor, Football Tribe Vietnam
Walaupun Malaysia sering bersaing dengan Vietnam, kejayaan anda di peringkat AFC B-23 telah disambut dengan begitu positif di sini. Persembahan malam semalam memberi inspirasi kepada ramai orang di Vietnam kerana ia menunjukkan bahawa negara-negara Asia Tenggara boleh mencabar gergasi bolasepak lain di Asia.
Apa yang kita nampak daripada Malaysia dan Vietnam di kejohanan ini adalah tanda-tanda penting untuk masa depan bolasepak di Asia Tenggara. Rantau ini mempunyai populasi yang tinggi, semangat yang kuat untuk bolasepak. Kita perlu meneruskan momentum ini untuk memastikan Asia Tenggara terus membesar sebagai rantau yang penting dan relevan untuk bolasepak.
MIHYUN CHUNG
Ketua Editor, Football Tribe Korea
Korea Selatan jelas antara pasukan paling kuat di Asia, dan sebagai seorang peminat bolasepak tempatan, saya telah menyaksikan negara-negara di rantau Asia Timur dan juga Timur Tengah mendominasi kancah bolasepak di seluruh Asia. Namun, selepas melihat persembahan yang ditunjukkan oleh Vietnam tempoh hari, dan juga pencapaian Malaysia yang cukup bersejarah, saya percaya bahawa kualiti bolasepak di Asia Tenggara sudah mula menunjukkan peningkatan yang ketara, terutamanya di tahap bawah 23 tahun.
Ini penting kerana barisan pemain di tahap ini merupakan masa depan bolasepak untuk setiap negara yang bertanding. Jika pemain muda Vietnam dan Malaysia mampu mencipta kejutan apabila berdepan dengan pemain muda negara-negara lain di Asia, saya rasa tidak lama lagi, skuad senior negara-negara tersebut akan mula mengganas di pentas antarabangsa. Kita sudah lihat peningkatan yang ditunjukkan oleh skuad senior Thailand.
VIJHAY VICK
Pengulas & Penulis Bolasepak Malaysia
MARUAK TANNIYOM
Ketua Editor, Football Tribe Thailand
Kemenangan yang besar buat skuad Malaysia. Bukan mudah untuk menewaskan pasukan gergasi seperti Arab Saudi, terutamanya jika kita sedar bahawa skuad senior negara ini berjaya layak ke Piala Dunia 2018. Malaysia menunjukkan tahap kesungguhan yang tinggi di atas padang, meskipun berdepan dengan cabaran yang besar.
Walaupun Thailand gagal beraksi dengan cemerlang di kejohanan ini, kebanyakkan orang di Thailand cukup bangga dengan pencapaian Malaysia dan Vietnam sebagai wakil Asia Tenggara di pentas Piala AFC B-23 tahun. Saya berharap skuad Ong Kim Swee akan mampu melakar sejarah yang lebih menakjubkan di suku akhir.
ROSS YUSOF
Pengulas Bolasepak Malaysia
ISIDORUS RIO
Ketua Editor, Football Tribe Indonesia
Tahniah Malaysia!
Saya lihat barisan pemain ini memang serasi dengan stail kejurulatihan Ong Kim Swee. Tiga pemain yang menarik perhatian ramai di Indonesia adalah Kogi, Akhyar dan juga Matt Davies - pemain yang turut bermain dengan baik di pentas Sukan SEA tahun lepas, terutamanya apabila berdepan dengan Indonesia. Dia berjaya mengekang Febri Haryadi dengan efektif.
Tetapi kredit perlu diberikan kepada OKS kerana dia yang membentuk pasukan ini. Mereka bermain sebagai satu unit malam semalam dan bukan senang untuk menerapkan mentaliti tersebut.
DEZ CORKHILL
Pengulas & Penulis Bolasepak Asia
BEHNAM JAFARZADEH
Ketua Editor, Football Tribe Iran
PAUL WILLIAMS
Penulis Bolasepak Asia & Australia