SAUDI ARABIA

Ketua Jurulatih: Daniel Teglia
Pemain Tumpuan: Abdulaziz Al-Aryani
Seperti Jordan, Arab Saudi juga merupakan satu lagi pasukan yang mampu mencipta kejutan tahun ini. Skuad senior mereka sudah berjaya layak ke pentas Piala Dunia dan kejohanan ini memberi peluang kepada pemain muda Arab Saudi untuk menunjukkan bahawa mereka layak dibawa ke Russia pada bulan Jun nanti. Beberapa pemain di dalam skuad ini mewakili skuad Arab Saudi yang bertanding di ‘Gulf Cup’ tempoh hari, sekaligus memanaskan badan untuk cabaran Kumpulan C, yang dijadualkan untuk bermula pada hari Rabu depan.
Abdulaziz Al Aryani dijangka mengemudi jentera serangan mereka sekali lagi namun Daniel Teglia mempunyai elemen kejutan dalam skuadnya kali ini. Mukhtar Ali dan Faris Abdi – dua pemain yang dibangunkan di England dan Amerika Syarikat, telah diterapkan ke dalam skuad ini dan mereka akan menjadi aset penting untuk misi Arab Saudi di kejohanan ini.
Trivia!
Pertembungan Arab Saudi dan Iraq bakal menjanjikan aksi yang menarik kerana Iraq merupakan pasukan yang menewaskan Arab Saudi di final pentas ini pada tahun 2014.