Asia

Football Tribe Awards: 5 jurulatih terbaik di Asia

PENGIKTIRAFAN ISTIMEWA

Nama kedua yang telah kami pilih untuk memberi pengiktirafan istimewa adalah Cho Jin-ho. Pada bulan Oktober lepas, Jin-ho malangnya meninggal dunia akibat sakit jantung.

Walaupun hanya berumur 44 tahun, Jin-ho berjaya memberi impak yang besar bersama tiga kelab. Pada tahun 2014, Daejon berjaya memenangi 20 perlawanan berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah kelab itu. Pada tahun 2016 pula, Sangju menjadi pasukan askar pertama untuk meraih kedudukan keenam di K.League. Musim lepas pula, dia membantu Busan I’Park mara ke separuh akhir Piala FA Korea Selatan.

Selepas beliau meninggal dunia, Busan menewaskan Suwon Bluewings dan berjaya mara ke pentas final Piala FA dan menurut jurulatih sementara Lee Seung-yub, kemenangan itu dicapai melalui analisis yang dibina oleh Jin-ho, berkenaan kekuatan dan kelemahan skuad Suwon Bluewings. Peninggalan Cho Jin-ho merupakan kehilangan yang cukup besar untuk komuniti bolasepak di Korea Selatan dan juga Asia secara keseluruhan.