Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (10-1)

Ini merupakan tahun pertama Yu Kobayashi bermain sebagai kapten Kawasaki Frontale dan tanggungjawab tersebut jelas membantu Kobayashi meningkatkan kualiti persembahan di atas padang. Dia bukan sahaja membantu Kawasaki Frontale memenangi kejuaraan liga, malah dia turut menjadi pemain keenam dalam sejarah J.League untuk meraih gelaran MVP dan penjaring terbanyak pada musim yang sama.