Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (10-1)

Lee Jae-sung memainkan peranan yang penting dalam skuad Jeonbuk Hyundai Motors yang akhirnya menjadi juara K.League buat kali ketiga sejak empat tahun lepas. Dia bukan sahaja serba boleh sebagai seorang pemain, malah Jae-sung turut menunjukkan tahap kreativiti yang tinggi sepanjang 2017. Perkara itu membantunya menjaringkan lapan gol dan mencatat 10 ‘assist’ dalam 28 perlawanan, sekaligus meraih gelaran MVP K.League untuk musim 2017.