
Walaupun hanya berumur 23 tahun, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Omar Kharbin merupakan pemain terbaik Asia untuk 2017. Selepas menyertai Al Hilal tahun ini, Omar menjaringkan 24 gol dalam 33 perlawanan untuk membantu mereka memenangi kejuaraan Liga Saudi buat kali pertama sejak 2011. Dia turut menjadi ikon yang penting dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, di mana Al Hilal berjaya mara sehingga peringkat final. Omar juga menunjukkan prestasi yang cemerlang bersama skuad kebangsaan Syria yang berjaya mara ke play-off kelayakan Piala Dunia, di mana mereka tewas kepada Australia.