
Tidak dapat dinafikan bahawa Milos Ninkovic mempunyai pengalaman yang cukup besar sebagai bekas pemain untuk skuad kebangsaan Serbia. Dan dia menggunakan pengalaman tersebut dengan cukup efisien bersama Sydney FC musim ini. Walaupun berumuer 32 tahun, Ninkovic masih mempunyai kepantasan untuk menjadi aset yang berguna buat skuad Sky Blues yang sedang menghuni posisi pertama di A-League.