Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (10-1)

Walaupun dia tidak beraksi untuk tiga bulan terakhir 2017 selepas digantung oleh FIFA atas sebab isu perpindahannya dari kelab Turki Caykur Rizespor pada tahun 2016, Mehdi Taremi merupakan antara pemain terbaik Iran tahun ini. Pemain berusia 25 tahun ini menjaringkan 18 gol sepanjang musim 2016/2017 untuk menjadi penjaring terbaik Liga Iran. Selain itu, Taremi turut meledak tujuh kali untuk membantu Persepolis mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Asia.