Luar Negara

Football Tribe Awards: 20 Pemain Terbaik Di Asia Tenggara (10-4)

Tidak salah untuk memperkatakan bahawa Evan Dimas adalah pemain Indonesia terbaik untuk 2017. Dia bukan sahaja menjadi tonggak utama dalam skuad Bhayangkara United yang memenangi Liga 1 Indonesia, malah pemain tengah itu turut menunjukkan prestasi yang cemerlang bersama skuad kebangsaan Indonesia. Dia turut membantu Indonesia mara ke separuh akhir Sukan SEA pada bulan Ogos lepas. Musim depan, Evan akan beraksi bersama Selangor di Liga Super Malaysia and peminat bola sepak di Malaysia boleh menyaksikan perkembangan pemain yang berjaya membuat 88% hantaran tepat sepanjang 2017