Piala Malaysia Berita

Kedah atau JDT? – Sathianathan beri ramalan beliau untuk final Piala Malaysia

Bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan telah memberi ramalan beliau untuk final Piala Malaysia di antara JDT dan Kedah pada hujung minggu ini.

Kedua-dua pasukan jelas merupakan pasukan yang terbaik di Malaysia pada masa ini, namun Sathia berasa bahawa pemain JDT akan mampu menangani tekanan bermain di pentas final dan ia akan memberi mereka kelebihan di Stadium Shah Alam.

“Berdasarkan pemain yang dimiliki, saya lebih ke arah Johor DT kerana kebanyakan mereka sudah biasa beraksi di final,” ujar Sathia kepada Arena Metro.

“Serangan mereka cukup baik tapi perlu waspada dengan serangan balas kerana tanpa Marcos Antonio, posisi itu seakan kurang baik seperti sebelumnya,” tambah Marcos Antonio.

Pasukan JDT mempunyai kelebihan berdasarkan prestasi semasa kerana mereka hanya tewas dua kali dalam sembilan terakhir mereka. Namun, pasukan Kedah berjaya mengikat Johor DT 0-0 di Stadium Darul Aman pada minggu lepas, meskipun mereka memilih untuk memberi peluang kepada pemain muda dalam perlawanan tersebut.

Apa ramalan anda untuk perlawanan final ini?