Luar Negara Berita

Zidane dikritik keras oleh penyokong Madrid selepas tewas di tangan Spurs

Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane jelas berada di dalam situasi yang agak buruk selepas pasukannya tewas 3-1 di tangan Tottenham Hotspur malam semalam. Malah, mereka juga tewas 2-1 di tangan Girona pada hujung minggu lalu.

Ini merupakan tempoh yang paling susah bagi Zidane sejak beliau mengambil alih tugas Real Madrid pada tahun 2015 dan tekanan dari pelbagai pihak sudah mula membina. Para penyokong Real Madrid turut tidak berpuas hati dengan prestasi Madrid, terutamanya selepas mereka membuat keputusan untuk melepaskan Pepe dan menjual Alvaro Morata serta James Rodriguez pada musim panas lalu.

Skuad Madrid kini dilihat kurang kepelbagaian dan Zidane tidak mampu menukar sistem apabile pasukan lawan mula mengawal tempoh perlawanan. Malam semalam, selepas kekalahan di tangan Spurs, ramai penyokong Madrid meluahkan kekecewaan mereka terhadap Zidane di Twitter.

https://twitter.com/KaizerT8_/status/925825415104598016?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.101greatgoals.com%2Fnews%2Fzinedine-zidane-slammed-following-second-embarrassing-defeat-week%2F

Apa pandangan anda tentang isu ini? Wajarkah Zidane dipecat oleh Real Madrid? Atau anda rasa Zidane mampu bantu skuad Madrid ini bangkit semula?