Sukan SEA

3 Faktor Utama Kekalahan Indonesia – Kartu Mati, Duel Udara & Sayap Mati Angin

Skuad Garuda Muda telah tewas kepada Malaysia 0-1 dalam perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2017 hasil jaringan N.Thanabalan pada minit ke 87.

Pasukan Indonesia jelas mempamerkan aksi yang lebih bagus berbanding Malaysia, namun skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya menggunakan peluang untuk menjaringkan, seterusnya layak ke perlawanan akhir.

Memetikan laporan analisis Bola.com, mereka telah mengenalpasti 3 perkara utama yang menjadi punca tewasnya Garuda Muda kepada Malaysia yang telah menggagalkan misi mereka untuk memenangi pingat emas 2017.

Ezra Kartu Mati

Pasukan Indonesia U22 banyak mendapat peluang untuk mencetak gol, terutama pada babak kedua, Sayangnya, Ezra Walian yang ditugaskan sebagai ‘target-man’ dengan formasi 4-3-3 kurang ketenangan dalam mengekploitasikan peluang yang muncul.

Menyedari Ezra menjadi kartu mati, Luis Milla memasukkan Osvaldo Haay, dan pasukan Indonesia bermain dengan trio penyerang dibarisan hadapan. Yabes Roni yang pada mulanya bermain diposisi penyerang kanan, diarahkan ke bahagian tengah.

Keupayaan serangan pasukan Indonesia jelas lebih ‘menggigit’ terutama pada baki 30 minit terakhir. Namun, tidak pelaung-peluang yang berjaya digunakan sebaiknya oleh para pemain Indonesia.

 

Lemah Duel Udara

Menyedari bahagian pertahanan Indonesia bermain dengan rapat, Malaysia tidak memaksa diri untuk melakukan asakan kedalam kotak penalti.

Mereka lebih memilih untuk banyak bermain dengan hantara-hantaran jauh untuk mencipta kekalutan pertahanan Indonesia.

Hantaran-hantaran lintang tajam dari kedua-dua bahagian sayap berjaya dilakukan kerana ketiadaan susuk Hansamu Yama yang sebenarnya tulang belakang pertahanan Indonesia. Ketiadaan beliau membuatkan skuad Ong Kim Swee melihat kekurangan ketara pada barisan pertahanan Indonesia terutama ketika bola diudar.

Gol tunggal Malaysia oleh N.Thanabalan berpunca dari sepakan sudur dan beliau melonjak tinggi untuk menanduk bola ke gawang Indonesia kerana bek Indonesia tidak melakukan ‘covering udara’.

 

Sayap Mati Angin

Anak buah Luis Milla melakukan ‘built-up’ permainan secara mudah dan Evan Dimas bertindak sebagai ‘deep-lying-playmaker’ tidak mampu memegang bola dengan lama. Evan sentiasa sahaja membuat ‘diagonal-pass’ kiri dan kanan.

Malaysia pula sering dipaksa bekerja keras untuk mengejar kepantasan penyerang sayap, Yabes Roni dan Febri Hariyadi, namun begitu, kedua-dua pemain itu tidak berjaya mendapatkan sokongan dari pemain barisan hadapan.

Ketika Indonesia menguasai bola, seringkali dapat dilihat Ezra Walian dan Septian David, lambat untuk masuk kedalam kotak penalti

Pertahanan Malaysia bijak untuk memberikan ‘high-pressing’ kepada kedua syap Indonesia. Impaknya adalah, samada Yabes Roni ataupun Febri Hariyadi gagak unutk membuat asakan kedlaam kotak penalti Malaysia.