Sukan SEA

Ong Kim Swee Menafikan Masa Rehat Malaysia Lebih Lama Faktor Kemenangan

Sejurus tamat perlawanan semalam, ketua jurulatih Malaysia Ong Kim Swee, mengungkap kegembiaraan selepas mampu membawa pasukannya ke perlawanan akhir.

Beliau membiarkan pemain pemain menikmati suasana itu namun tidak mahu mereka ‘larut’ dan segera fokus mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan Thailand.

“Para pemain memperlihatkan karakter mereka. Mereka bermain dengan satu motivasi untuk muncul sebagai juara.” kata Ong Kim Swee selepas perlawanan.

Namun begitu, jurulatih berusia 46 tahun itu memuji permainan pasukan Indonesia, terutama pada babak pertama, yang dilihat cukup baik. Tetapi ketika itu, Ong Kim Swee menjelaskan beliau mengarahkan anak buahnya untuk beraksi dengan berhati-hati.

“Dalam separuh masa kedua, kami berusah untuk mnguasai bahagian tengah untuk memerangkap pasukan Indonesia”

Strategi itu terbukti efektif, ditambah dengan pemain-pemain Garuda Muda yang kelihatan sukar untuk menggunakan peluang yang ada didepan gol.

“Anda boleh melihat, permainan kami semakin baik. Jika and melihat prestasi mereka sejak dari perlawanan bertemu Brunei, mereka jelas meningkat. Mereka semuanya fokus kepada Sukan SEA”

Jurulatih yang pernah membawa Malaysia muncul juara dalam edisi 2011 itu juga memberitahu bahawa skuad Malaysia mengalahkan Indonesia bukan kerana faktor stamina yang lebih kuat.

Seperti yang diketahui, pasukan Malaysia mempunyai masa rehat yang lebih lama berbanding Indonesia, Sepanjang perlawanan peringkat kumpulan Malaysia hanya bermain 4 perlawanan berbanding Indonesia yang lebih 1 perlawanan.

“Tidak, perkara itu bukan menjadi faktor kemenangan kami. Sebelum tiba di Kuala Lumpur dari kelayakan AFC U23 di Bangkok, kami sudah memiliki jadual Sukan SEA 2017. Kami melakukan ‘antisipasi’. Jadi bukan kerana kami berehat lebih 1 hari menjadi alasan kami menang.”

Ditanya mengenai peluang untuk mengalahkan Thailand dalam perlawanan akhir nanti, Ong Kim Swee memberitahu:

“Saya percaya pemain-pemain saya mampu melakukannya”