Berita

Venue Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2017 Belum Ditetapkan

Menurut satu kemaskini dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, venue bagi perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA 2017 masih belum dipastikan.

Sejurus tamat perlawanan semalam juga, Khairy Jamaluddin memuatnaik satu tweet yang menyatakan akan mempertimbangkan permintaan ketua jurulatih Malaysia U22, Dato’ Ong Kim Swee bagi menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir dan bukan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebentar tadi beliau juga telah memberikan kepastian bahawa penganjur kejohanan Sukan SEA 2017 akan membuat pengumuman berkenaan venue perlawanan akhir tengahari nanti.

Nantikan pengumuman rasmi dari pihak penganjur sebentar sahaja lagi.