Luar Negara

Penyokong Persib Bandung mati dibelasah hooligan paling ganas di Indonesia

Penyokong setia pasukan liga Indonesia, Persib Bandung, Ricko Andrean Maulana yang berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia dibelasah hooligan ketika perlawanan panas yang menjadi tumpuan di Indonesia iaitu Persib Bandung menentang musuh tradisi, Persija Jakarta pada hari sabtu lepas.

Menurut akhbar Kompas, Ricko sempat menanggalkan jersi pasukan Persib ketika perlawanan separuh masa kedua dan pada masa yang sama berlaku pergaduhan besar di antara dua kumpulan penyokong yang sedang berdiri. Ricko menyertai orang ramai untuk menyaksikan pergaduhan itu tetapi penyokong Persija sasar hooligans dari Persib Bandung yang bersembunyi di belakang Ricko untuk melindungi diri.

Oleh kerana Ricko tidak memakai jersi Persib ketika itu, hooligan itu menganggap Ricko ialah penyokong pasukan Persija dan memutuskan untuk mengikutinya.

“Sebelum dia dipukul, dia menunjukkan kad pengenalannya dan berkata,” Saya dari Bandung! Saya dari Bandung!,” kata Susilawati, kakak Ricko, seperti yang dipetik dalam Kompas. 

Pengakuan Ricko diabaikan dan hooligans mengepungnya lalu membelasah sehingga mengakibatkan banyak kecederaan termasuk gegaran kepala yang teruk. Ricko yang cedera kemudian dibawa ke dua hospital untuk rawatan intensif.

Pada pagi Khamis, lima hari sejak serangan itu, Ricko disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala. Pihak polis Bandung masih belum mengenal pasti penyerang Ricko.

Kematian dan keganasan yang disebabkan oleh hooligan bola sepak masih biasa di Indonesia. Tahun lalu, seorang penyokong meninggal dunia dan berpuluh-puluh orang cedera, termasuk seorang pegawai polis yang hilang mata di sebelah, semasa pertembungan diantara hooligan Persija dan polis rusuhan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.

Sebulan sebelum itu, seorang kanak-kanak berusia 16 tahun terbunuh di luar stadium ketika sekumpulan orang hooligan Persija melarikan diri daripada polis.