Asia Berita

Hukuman penggantungan setahun Farizal Marlias kini dikurangkan kepada 8 bulan

Gara-gara kerana kelakuan ganas ketika perlawanan separuh akhir Zonal Asean menentang pasukan Ceres Negros bulan Mei lalu, penjaga gol JDT Farizal Marlias diperintahkan untuk menjalani hukuman penggantungan perlawanan selama dua belas (12) bulan kerana melanggar Perkara 47.1.2 dibaca dengan Perkara 49.1.2 dan Perkara 50.1 kod Kanun Tatatertib AFC.

Penggantungan ini termasuk satu (1) perlawanan penggantungan automatik daripada perlawanan Ceres Negros FC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim pada 31 Mei 2017.

Dua belas (12) bulan penggantungan perlawanan termasuk seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi. Penggantungan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh keputusan ini disampaikan (9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018).

Hukuman dikurangkan kepada 8 bulan

Hukuman yang sepatutnya bermula pada 9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018  kini telah dikurangkan kepada 8 bulan sahaja selepas Farizal dan pihak JDT melakukan rayuan kepada AFC mengenai hukuman tersebut.

Pihak AFC telah menerima rayuan tersebut dan tempoh perggantungan Farizal kini hanya akan berakhir pada 9 Februari 2017. Pihak AFC memberi amaran jika Farizal melakukan kekerasan dan diperintah keluar padang dalam tempoh 4 bulan maka hukuman perggantungan akan diteruskan secara automatik iaitu perggantungan bermain bola sepak selama setahun.

Selain itu, beliau juga didenda sebanyak USD 40 ribu kerana kesalahan itu.

Ia merupakan satu berita baik untuk pasukan  JDT yang masih menagih khidmat Farizal. Beliau akan kembali beraksi pada tahun hadapan akan terlepas beberapa perlawanan awal pada musim 2018.